24 December 2009

Cinta Pertama (Part 2)

Cikgu Rahim :
"Jadi semua dah sepakat kita pilih Aloy sebagai ketua kelas ye, maknanya dia adalah sebagai wakil dan pengganti saya kalau saya tak ada di kelas. Kalau kamu kurang ajar dengan dia, bermakna kamu juga kurang ajar dengan saya"

Murid Murid :
"Baik cikgu!"

Cikgu Rahim :
ok kalau macam tu sekarang kita nak lantik penolong ketua kelas dikalangan murid perempuan, siapa yang ada nak cadangkan sesiapa?

Aloy :
Saya cikgu! (seraya mengangkat tangan)

Cikgu :
Ha siapa?

Aloy :
Saya cadangkan Linda.... cikgu..

22 December 2009

Cinta Pertama

Linda : Nanti aku cakap bapak aku.
Aloy : eleh tak takot, nanti aku cakap atok aku.
Linda : Atok ko takut kat bapak aku nanti.
Aloy : Atok aku lagi kuat dari bapak ko.
Linda : Nanti bapak aku bawak parang. Kejar atok ko.
Aloy : eleh,, atok aku pegi kedai tak pakai baju la..
Linda : eerrrrrr......

Labu cinta Tauhu

Dekat asrama makanan paling tak berapa nak sedap hari rabu, lauknya sayur labu masak lemak dengan tauhu. Ini yang aku pelik ni, ada hari lauknya ayam goreng sama ikan goreng sekaligus masa makan malam. Tapi yang rabu malam ni satu lauk pun takde. Kasih sayang mana taruk ntah!

Jadi salahkan aku bila esok pagi tukang kebun jumpa tulang tulang ikan bakar dekat tepi kolam? Salahkah Aku?

18 December 2009

Biar!

Biarlah gambar menceritakan segala-galanya di PARADOKS.

EMOTIF



Tarikh : 17-20 Disember
Masa : 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Panggung Eksperimen (ET) ASWARA
Tiket : Percuma

6 naskah teater pendek, 3 naskah dipersembahkan pada satu malam.

“LOST” arahan Shariful Akma bin Abdullah

Pelakon
Balkis binti Omar
Mazlan bin Tahir
Farah Nadia binti Zainal Abdidin
Najua binti Nasir

“kelam…..bu….” arahan shahrul Mizad bin Ashaari

Pelakon
Wan Aishah binti Wan Ariffin
Tria Aziz
Juhara Ayob
Ce’kem
Rosman Ishak
Eliza Mustafa

“B1N2” arahan Marlia Musa

Pelakon
Engku Nor Zalifah binti Engku Abdul Rased
Shariffah Mariam binti Syed Abdullah
Muhammad Hafiz bin Hussin


“Maruah Kemerdekaan” arahan Ahmad Yatim

Pelakon
Mohamad Nizam bin Mohd Yamin
Mohamad Yusmar Efeendi bin Yusof
Suhana binti Othman
Atiqah binti Abu Bakar


“Bercerai Kasih Menolak Sayang” arahan Rohani Yousoff

Pelakon
Che Mohd Nassir
Fatimah Abdullah
Mardiana Ismail
Nik Norimani
Kamarul Baisah

“Love You Forever” arahan Dr. Wong Oi Min

Pelakon
Muhammad Syazwan B. Mohd Hashim
Siti Nor Katijah Bt Said Ab Malek Shah

17 December 2009

Locok - Locok

Motor gua dalam minggu minggu akhir kebelakangan ni tak berapa nak mesra pengguna sangat, sbb tu gua guna motor budak yang jarang update blog ni. Sbb apa dia jarang update? bila ditanya katanya dia duduk hutan otak tak kembang sangat, budak kelantan pulak tu, kelantan la katakan.

Motor budak ni dah nak start satu hal, padahal gua nak beli sardin je kat pasaraya. itu pun tak boleh nak timbang. Dah ngam ngam gua tangkap ikan dalam 4 ekor stok makan 2 ke 3 hari gua nak chow. Apa da zaman sekarang ni, nak beli ikan pat ekor pun nak kene masuk pasaraya. Kasih Sayang Mana Taruk.

Gua masuk kunci kat tempat sit nak amik helmet, tetibe lak tak boleh masuk. Jahanam! time ni lak pulak nak buat hal, gua locok locok lagi.. pun tak boleh. Ni gua malas nak guna barang jenama Malaysia ni. Keris la sangat! Tempat lubang tu macam tak muat kunci.. dekat 5 minit cuba gua nak merempan dah,, tak boleh pulak lubang ni..

Gua bangun rasa macam nak sepak je.... elok je gua bangun...
"Eh tu motor gua tadi, ni motor sapa lak ni?"

Gua toleh kiri kanan, gua amik ikan gua dari bakul, gua gerak g motor yang sebernarnya gua bawak tadi. Apa apa ntah buat motor jenama yang sama dengan paten yang sama. Tak kreatif langsung.

16 December 2009

Kasih Sayang Mana Taruk?

Naik naik tren gua memang tak berapa berkenan sangat, bukan apa.. budak budak pompuan ni.. pantang nampak lelaki dahi licin mula la nak menggatal. Apa ingat gua murah sangat ke? kalau nak kat gua biar gentlegirl la.

Tapi memandang kocek reput sebab bulan 12 banyak sorong duit bawah IC gua hayun je.
gua cuma fikir kalau gua naik tren "Kasih Sayang Mana Taruk" kan.

Stesen KL Sentral memang macam dijangka. Penuh sendat crowded mr copopil. Ada satu brader gua saspek ini Nepal mari punya, gua cakap "jangan, jangan, jangan" tapi sekali di angkat jugak ketiak dia da mau paut sama itu tiang. Fuh gua sudah mau pitam, mau muntah macam orang mengandung setahun sekali tu.

Lagi gua tengok Nepal ni, lagi membara.. gua pejam mata, hidung gua dah rasa macam celaka..... gua pura pura layan tido padahal rasa nak muntah nak mampos semua ada.
Lepas dua tiga stesen gua bukak mata, Nepal tu dah takda, tapi aku nak habaq mai walaupun induvidu tu dah takda tapi bau masih melekat, hebat bukan penangan.. kejap lagi hilang la ni.

Gua toleh kanan,,,,, tuuuuuuu dia...... dia duduk sebelah aku lak dah...

Gua bukan racist sangat.... gua pun fikir "Kasih Sayang Mana Taruk" tapi deoderan tu jual untuk semua bangsa beb.

15 December 2009

The Real Paradoks

Triple X Malaya datang umah gua dengan egonya, datang nak belanja gua Nasi Goreng Ayam Kunyit. Egonya ditinggalkan di luar. Harun Salim Bachik pun sekarang dah jadi Hero, tahniah la, nak tunggu Wan Maimunah jemput gua datang open house jangan haraplah.

Gua siap, gua turun.... dengan ego gua tuju medan selara...
Triple X pandang gua "Eh mana stricker ni"
Gua jawab "arrr?"

Celake dah sape curik Sticker PARADOKS dekat cover depan Motor tu... dengan maskot maskot dia curik..

Gua khuatir kalau budak budak tu curik sticker tu, pastu buat group PARADOKS pulak buat design t-shirt pastu merempit, lepak lepak depan kedai burger, gua memang tak suka orang tak ada masa depan ni.

K/K : Takkan gua nak kene buat The Real Paradoks jugak kot.

13 December 2009

Marathon La Katakan

PLORE!Alunan kata kata, Terima kasih atas sambutan luar biasa, gua ingat tak ada yang datang, Ye la Sajak la katakan. Gua budget orang lalu lalang singgah singgah kejap yang akan menonton. Tapi sampai ada yang terlebih emosi, rilek Pak Cik,,, rileks Pak Cik,, isap rokok dulu.

Terima kasih yang tetibe dapat feel masuk hantu nak buat persembahan pulak.. Terima kasih kawan kawan, blogger-blogger yang datang, rakan rakan aswara, rakan-rakan UiTM dan Facebook.

Fakta PLORE-sajak marathon :
- 1 orang peserta tarik diri bila tengok gua buat opening.
- 1 orang peserta tak dapat dikesan
- 2 orang peserta tarik diri tak cakap dengan gua pun
- 5 gitar putus tali
- 1 orang gitaris patah jari
- 1 orang peserta kanak kanak
- 2 orang peserta bapak kanak kanak (1 spontan)
- 1 orang penyair wanita (spontan)
- 3 orang buskez baju kotak surrender lepas tengok budak budak PLORE
- 3 orang buskez otai lagi tak puas hati dengan budak budak PLORE
- 1 orang Pak Cik sudah emosi
- 1 orang awek sudah tangkap feeling sama gua

09 December 2009

Mat Rempit Main

Malam minggu lepak tengok Mat Rempit main memang best. Ada macam macam gaya, tayar belakang naik atas la, bawak laju laju pastu break tayar belakang lak naik atas. Boleh pulak tu buat pusing-pusing naik asap. Giler la gempak. Ada motor motor bikin, ada awek canggih canggih, seluar ketat ada line, baju sendat sendat mencengkam. Fuh! syok beb.

Arrrhhh BOSAN la! Makin banyak orang BODOH! Balik baca sajak lagi best!

K/K : Dada!

08 December 2009

Entry Ling Ling

Malam semalam aku berdebat dengan Abang Mamai, dia dibantu oleh Si Kakak Patung dan budak Ray. Malah mendapat sokongan pulak dari Momo dan Shyrudin yang jugak dihalalkan idea mereka bersama Si Jober berduet dengan Cikgu.

Celake! 7 lawan 1!
Kalau berani wan bai wan la.

Gua bukan bongok sangat tak tahu mana betul mana salah, dan akhirnya Si Mamai yang dari mula asik Mamai dah mula rancak berdansa. Masuk pulak bab cerita Abang Bibir Merah, ermmm tambah semangat dia.

Tapi Abang Selamat dan aweknya Cik Triple tak ada, aahh kalau ada pun nak buat apa.

K/K : Amacam? kelakar tak?

Punggung Berlenggang Pulang.

Ada masa Amri akan berjalan keliling kampung, berjalan sambil menikmati udara petang melihat gadis gadis genit menghayun punggung berlenggang pulang selepas turun dari bas kilang.

Dah! tu je!

k/k : Naturalisme.

06 December 2009

"Selamat Hari Raya Qurban"

Dalam perjalanan ke Tg karang ada majlis berkhatan aku berhenti di satu traffic ligt, perkara yang jarang aku lakukan. Tapi kerana Mamat ni yang bawak nak buat macam mana. Puas aku sumpah dia. Di kiri tergantung lagi banner "Selamat Hari Raya Qurban".

"Eh tu gambar Khalid menteri besar, uuuii dah gemok dia sekarang ye"

K/K : FIWITRONO

04 December 2009

Pengalaman Dirompak 2003 (Akhir)

"errr, saya bukan apa. Saya fikirkan pasal keselamatan saya. Kalau saya melawan dia kata dia nak tembak saya"


Polis tinggi besar tu tengok aku dari atas ke bawah.

Polis : Tapi apsal ko macam mesra je dengan perompak tu?
Aku : Berkat didikan Mak Ayah cik.....
Polis : Masa perompak ni mula masuk kau kat mana masa tu?
Aku : Masa tu saya dalam peti ais, susun air.
Polis : Apasal tak nampak dalam cctv ni?
Aku : Mana ada cctv dalam peti ais.
Polis : kau duduk mana?
Aku : Sg Buaya..
Polis : Sebelum ni ko kerja mana?
Aku : Baru habis STP.
Polis : Berapa lama ko kerja dah?
Aku : Setahun.
Polis : Berapa kali kau kene rompak dah?
Aku : Dua kali.

Polis tu syak aku yang plan rompak rompak tu. Hampeh tul. Apa muka aku ada macam Harun Samlim Bachik ke? tak ada wawasan punya menteri kebudayaan. Lepas tu bos aku slow talk dengan aku. Nasib baik dia pujuk aku, kalau tak malam tu jugak aku pegi jumpa wakil rakyat mintak sokongan anak nak mintak kerja.

Sebulan kemudian aku dibuang kerja.
Member aku cakap "Apa ada hal 17 ribu sudah dalam tangan"

aku : arrrrrrr?

K/K : ada FIWITRONO disini.

02 December 2009

Pengalaman Dirompak 2003 Part 2 (Lagenda)

(Kalau belum baca Part 1 dulu)

Aku terus masuk ofis aku bukak pintu ofis. Biar aku telefon bos aku dulu, preeqqqqq! telefon pulak berkunci, ni kes tanak aku call Linda malam malam ni. Apa ingat aku nak sangat ke Kat Linda tu, hei kalau dia nak aku pun nak la! Drastik macam dalam filem aku amik tukul dalam laci. Pek! Pek! Pek! aku pecahkan kunci telefon tu. Kalau pakai henpon aku pun boleh sebenarnya, tapi saja nak rasa feel macam kene rompak tu buat huru hara sikit.

"Abang Lan, stor(panggilan untuk 7e) kene rompak la" adu aku pada Manager.
"Arrrrrr?" lemah dihujung talian.
"Stor kene rompak!" jerit aku lagi.
"Abis tu nak buat macam ar?" macam bodoh lak dia tanya aku soalan tu.
"Habis tu macam mana? kita repot polis la" aku memberi cadangan bijak.
"Ar ok, ko repot la Polis" akur Abang Lan.

Aku dail no balai Polis yang tertera di white board
"Hello balai polis rawang, selamat malam" Aiseymen.. pompuan la jawab.
"Ha ye kak, ni saya nak cakap tempat saya kene rompak"

Lepas tu akak Polis tu cakap.
"Hei korang ni, tak habis habis kene rompak. Yang bukak kedai malam malam lagi buat apa? kan dah kene rompak"

Panjang lagi syarahan akak tu sebenarnya. Ada ke suruh 7E tutup malam malam, nama pun dah buka 24jam. Dari berborak soal rompak, boleh berkenal kenalan pulak. Baik aku letak cepat sebelum sempat dia merengek rengek manja lak jap lagi.

Gua tutup kedai, sendal pintu dengan besi. Sebab prosedur dah begitu. Tak boleh usik apa apa selagi polis tak datang.

Tetiba ada satu brader datang. Gua tau hajat dia nak beli kondom.
"Sori bang, kedai tutup la. baru kene rompak tadi. Tunggu polis datang dulu.

"Ha.. polis dah datang belum" brader tu tanya gua jawab belum. Dia ada plan rupanya.

"Ha apa lagi, punggah la barang barang bagi aku, duit ada lagi tak. Ko bagi aku, kita kawtim la share share. Lepas kene rompak ni la kita nak kene songlap.. Nanti bos tanya cakap je orang tu yang rompak semua. Ok"

Celake mamat ni. Apa dia tak tau ke kedai Buncit Maniam pun sekarang dah ada CCTV.

Habis brader ni blah datang lagi satu brader.

"Dik bagi minyak cap kapak, takkan tak boleh. Satu je"

Aku jawab
"Tak boleh bang, kami tak boleh bagi masuk. Kami kene tunggu Polis datang. Abang pegi la 7E depan sana tu" sambil gelak gelak sebab muka brader memang terdesak giler nak minyak cap kapak

Dia jawab
"Ah ko cakap senang la, anak aku sakit perut ni tau tak, ko boleh gelak gelak lagi ye. Ko ingat aku main main ke. Ko tak da anak mana ko tau"

Brader tu blah naik motor sambil maki maki aku. Or anak.. patut la sensitif.

Lepas ada call hingap kat henfon aku. Orr dari Area Manager (Bos daerah tu)

"Ha Aloy.. kene rompak.. macam mana Cash Mesin? ok? rosak tak?"

Celaka punya Bos, bukan nak tanya aku selamat ke tak. Mesin Cash baru yang dia sibuk tanya. Untuk pengetahuan korang, stor tu adalah 7E pertama yang guna mesin cash teknologi komputer macam yang ada kat semua 7E skrg. Tempat lain tak ada lagi dan benda tu baru dipasang seminggu.

Lepas puas maki Area Manager... ada satu Brader badan besar lagi datang. Selamber je datang terus amik besi bukak pintu.. masuk dalam. Gua angin..

"Bang.. maaf bang, kedia tutup la bang tak boleh bukak baru kene rompak. Kami kene tunggu Polis datang dulu" mesra kata gua.

"Ye la! Aku polis la. Tadi ko panggil aku." Ceh! Perdana Menteri kalau pakai Jeans dengan Tshirt je pun gua tak kenal. Lain kali pakai la seragam tu. Lepas tu baru sampai lagi dua tiga orang Polis.. dan..

bersama dengan Bos gua..

Mereka semua menuju je Komputer dalam ofis untuk menonton CCTV...
Bos gua reveskan video yang terakam... dan gua,, dup.. dapp.. dup.. dap...

Terpaksa bersambung lagi satu episod...